Thursday, November 3, 2011

~ my cat ~

hi semua..

nih post pertama meow..fuhh! sebagai tanda pengenalan kita, meow akan berkongsi dan memperkenalkan kucing2 meow sndiri. ok,meow ada seekor kucing mix breed american short hair. tapi bulu dia ala2 bengal sikit gitu..ala,bukan la yang ori taw tp trust me..damn cute!! nama dia chichi dan jantina betina. meow beli dia masa meow jalan2 kt senawang dengan my hubby..masa tuh kami belum kahwin lagi. selalunya hubby meow nih agak berhati-hati la dalam mengendalikan atau menggunakan wang ringgt nih..dengan erti kata lain agak kedekut la..haha  =)
( sorry biey and i love u.. ). 

so,nak dijadikan cerita, kami nih memang sama-sama pet lover..hehe =) so,hobi kami ialah setiap tempat yang kami pergi tak kira lah shopping mall atau mana2 tempat pon, kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di petshop..so,masa kat senawang kami singgah la kt satu pet shop nih. lokasi kedai tuh agak tidak strategik kerana keadaan yang sangat sesak dan berselerak..haha =) kami pun jalan dengan bersahaja dan terus terpandang si chichi yang tengah enak tidur dalam cage. meow pun terus la melompat-lompat sebab mengenangkan si chichi nih yang sangat cute+comey.

ayat pertama yang keluar dari mulut hubby meow ialah "ayang nak ka kucing nih...?" (^_^) meow pon terlopong sambil anggukkan kepala. orang da offer kan...haha  =) so,kami pun beli la si chichi nih dan bermula dari situ chichi jadi anak kesayangan kami...now,chichi dah melahirkan 4 ekor anak kucing yang bernama along, angah, andak dan adik. 

selain itu, hubby meow pon ada bela lagi 2 ekor kucing jantan nama nya chiko dan chimun. si chiko nie meow jumpa kat pejabat meow manakala si chimun nih pulak meow jumpa kat bawah rumah sewa meow. so total semua kucing meow ialah 7 ekor. nak lebih kenal?? kita tengok gambar mereka yer..  



ni la anak kesayangan meow..chichi si muka sedih  =) cuba tengok bentuk mata dia..nampak macam sayu jer kan..haha  =) 


chichi nih sangat nakal taw...geram jer..


corak badan chichi ala2 bengal..cantik kan??



 nih la chiko dan chimun..yang kiri chiko dan yang kanan chimun..macam sama kan?? tapi bukan adik-beradik taw..  =)

ok,sampai sini saja ok..nanti meow update lagi yer..tata  =)

No comments:

Post a Comment